Quick Facts

ACADEMIC STAF
Number of Academic Staff : 1,874
International Academic Staff : 109
Inbound Visiting Academic Staff : 132
Outbound Visiting Academic Staff : 88

UNDERGRADUATE
Number of Undergraduate Student : 15,232
International Undergraduate Student : 699
Inbound Exchange Undergraduate Student : 28
Outbound Exchange Undergraduate Student : 1,330
Average International Undergraduate Fees : RM5,462
Average Domestic Undergraduate Fees : RM1,942
Average Undergraduate Class size : 30

GRADUATE/POSTGRADUATE
Number of Graduate /Postgraduate Student : 6,239
International graduate Student : 1,895
Inbound Exchange Postgraduate Student : 33
Outbound Exchange Postgraduate Student : 32
Average International Graduate /Postgraduate Fees : RM6,538
Average Domestic Graduate/Postgraduate Fees : RM2,835
Average Taught Graduate/Postgraduate Class size : 25

STUDENTS
Total Students : 21,471
Total International Students : 2,594
Total Outbound Exchange Students : 1,362
Total Inbound Exchange Students : 61
Average International Student Fees : RM 5749, 80
Average Domestic Student Fees : RM 2389, 85
Average Class Size : 28

GRADUATE OUTPUT
Proportion of Graduates Pursuing Further Study : 19.5%
Proportion of Graduates Employed : 80.7%
Number of PhDs Awarded : 519

PUBLICATION & CITATION
Number of Papers : 2,850
Number of Citations : 6,640

--July 2010--

Choose Language

Thanks to Google, We can provide this page in your language. Just select your language and let google do it's magic!

SHORT CV

BAHARUDIN BIN MASTARI

Bachelor in Business Administration, BBA(Hons.), UUM (1995)

 

 

Baharudin bin Mastari dilahirkan di Parit Bangas, Sri Medan, Batu Pahat, Johor pada 21 Januari 1968.  Beliau telah berkhidmat di UTM selama lebih 17 tahun. Sebaik sahaja melapor diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai Penolong Pendaftar (Gred N3) pada 8 Disember 1995, beliau ditempatkan di Perpustakaan  Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru, Johor.  Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 1995.  Beliau mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia, pentadbiran am, pentadbiran kewangan, pembangunan Universiti, pengurusan persekitaran, kesihatan & keselamatan pekerjaan (OSHE), inovasi dan transformasi pentadbiran dan organisasi, sistem automasi pejabat dan pengurusan laman web.



Pengalaman kerja  dan kerjaya

 

Kini beliau bertugas di Akademi Bahasa, UTM Johor Bahru mulai 25 september 2013.  Beliau pernah bertugas di Pejabat Naib Canselor pada 10 Oktober 2008 hingga 24 September 2013. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pendaftar (Gred 48) mulai 9 Ogos 2012 dan sebelum itu dinaikkan pangkat sebagai jawatan Penolong Pendaftar Gred N44 mulai 4 April 2008. Sepanjang perkhidmatan di UTM, beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan iaitu di Perpustakaan Sultanah Zanariah bagi menguruskan segala aspek dalam Pengurusan Sumber Manusia (HRM) mulai 8 Disember 1995 hingga 1 Jun 2002. Bagi pembangunan kerjaya, beliau telah dipindahkan ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan & Perancangan Korporat)/Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mulai 2 Jun 2002  hingga 9 Oktober 2008 sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)/(Penyelidikan & Inovasi).



Beliau telah menyumbang kreativiti dan inovasi bagi meningkatan tadbir urus UTM, sistem penyampaian, automasi pejabat dan sistem kerja selaras dengan status UTM sebagai Universiti Penyelidikan berteraskan entrepreneurial (Entrepreneurial Research University).  Beliau menyokong pelbagai usaha dan alternatif pihak UTM untuk menjana pendapatan sendiri dan pengurangan perbelanjaan operasi melalui pelbagai usaha perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat antaranya sumber manusia, bahan bakar, utiliti, kertas dan seumpamanya agar selari dengan  maltlamat UTM untuk menjadikan persekitaran kampusnya sebagai "Kampus Lestari".
   

Pengiktirafan/Anugerah/Hadiah

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kecemerlangan kerja, beliau telah dianugerahi oleh UTM dengan anugerah:


1.    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2011

2.    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2006

3.    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2003

 

 

Sumbangan pembaharuan kerja dan pembangunan sistem

 

Beliau menyumbang idea, kreativiti dan inovasi untuk memajukan tadbir urus UTM antaranya dengan membangunkan:

 

 (1)      Sistem Perjalanan ke Luar Negara Bagi Staf UTM pada tahun 2011


        Sistem Perjalanan Rasmi (Borang A) dan Sistem Perjalanan Persendirian (Borang C). Sistem ini boleh dicapai atas talian (online system) secara internet/intranet dengan kos sebanyak RM39,900.00

 

(2)    Sistem Pengurusan Mesyuarat Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (2008) merupakan inisiatif kepada penggunaan Sistem Pengurusan mesyuarat di UTM secara elektronik dibangunkan oleh pihak CICT;

 

(3)      Menyarankan inovasi iaitu penggunaan Sistem Pengurusan Mesyuarat bagi Sistem Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) serta dan menggunakan sistem mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa OSHE Pejabat Canseleri, Penyelarasan Pentadbiran Canseleri (2010) yang telah dibangunkan oleh CICT;

 

(4)    Menyarankan untuk membangun dan menambahbaik sistem surat dalaman secara manual kepada sistem surat UTM secara elektronik kini dalam peringkat kajian semula untuk disinambungkan dengan Sistem Fail dan Sistem Elektronik Management Sistem (EMS) dan pelaksanaan Sistem Surat Dalaman (e-SSD);  . Beliau turut menyumbang idea dan kreativiti untuk melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran UTM secara elektronik (e-admin).

 

(5)     Menggerakkan pelaksanaan Electronic Management System (EMS) diUTM khususnya di Pejabat Canseleri;

 

(6)   Beliau secara tidak langsung bertindak sebagai pengurus IT/System Administrator Pejabat Naib Canselor bagi melihat keperluan perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT semasa dan pembangunan laman web.


         

Perjalanan Rasmi Dan Sistem Perjalanan Persendirian yang boleh dicapai atas talian (online system). https://hrfin.utm.my/oversea

 


Beliau berpendapat supaya UTM melaksanaan Pentadbiran Elektronik Universiti (e-admin) yang berupaya menggurangkan penggunaan kertas (paperless) sekurang-kurangnya mencapai 70 peratus menjelang tahun 2012, 80 peratus tahun 2013 dan mencapai sehingga 90 peratus menjelang 2015 dalam pelbagai urusan pentadbiran dan pengurusan akademik, pengurusan mahasiswa, pengurusan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaraan, sistem perpustakaan, sistem pengurusan penyelidikan, pengurusan inovasi dan harta intelek, pengururusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan perpustakaan, pengurusan latihan mengajar dan praktikal mahasiswa, pengurusan harta dan ruang, pengurusan dokumen, perkhidmatan perubatan dan  pengurusan mesyuarat serta lain-lain lagi.   Pelaksanaan e-admin secara holistik di UTM berupaya mengurangkan penggunaan kertas, staf dan menjimatakan kos perbelanjaan operasi (kertas) universiti selaras dengan hasrat UTM kini berstatus Entrepreneurial Research University dan Autonomy University.

 

 

Sumbangan pembangunan Sekolah Arab UTM

 

Pertambahan mahasiswa khususnya dari Timur Tengah di UTM menjadi faktor pendorong kepada penubuhan Sekolah Arab di UTM yang beroperasi tidak formal.  Tenaga pengajar daripada  kalangan mahasiswa Arab dan komuniti Arab di UTM. Pengetua Sekolah Arab UTM, Dr. Zaid Ahmad Shamsan telah menamatkan di peringkat PhD dan Postdoctorate di UTM dan telah kembali ke Yaman pada 20 April 2012.  Dr. Zaid merupakan pencetus idea untuk mewujudkan sekolah ini dan  amat perhatin kepada masa depan dan pendidikan kepada anak-anak Arab di UTM.  Pengetua Sekolah Arab sekarang ialah Mr Abdel Salam merupakan mahasiswa Pasca Ijazah di UTM. Sekolah Arab ini berupaya mengurangkan bebanan kepada mahasiswa Arab yang kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka di sekolah antarabangsa di sekitar Johor Bahru atau Singapura.  Pada awal tahun 2010, sebagai wakil pihak Universiti, beliau telah membuat inisiatif supaya penempatan Sekolah/Kelas Arab buat sementara di ruang bawah Pusat Islam/ Masjid UTM.  Kertas kerja cadangan telah dimajukan bagi penempatan semula iaitu di Kolej Perdana UTM telah dimajukan kepada Pejabat Harta Bina.  Penempatan semula telah dilaksanakan  awal Oktober 2013.

 

 

Budaya Pemimpin "Turun Padang"

Pada pandangan beliau, seorang pemimpin tidak hanya menjalankan tugas dalam persekitaran pejabat sahaja, mempengerusikan atau hadir dalam pelbagi mesyuarat dalam atau luar pejabat, menerima para tamu universiti, menghadiri pelbagai majlis anjuran universiti dan pihak luar UTM, malah pendekatan seorang pemimpin, pengurus atau ketua perlu menjalankan engagement  "turun padang" bagi meninjau sendiri, menyelidik, memantau serta mendapatkan maklumbalas secara spontan daripada staf serta bertanya permasalahan secara tidak formal seperti yang dilakukan oleh mantan Naib Canselor Dato seri Ir dr Zaini Ujang dan diteruskan pula oleh Naib Canselor yang Baharu Prof Ir |Dr Whid Omar antaranya ialah Program Lawatan Kampus Bersama Naib Canselor, Cycling Tours with Dato’ Vice Chancellor Program, Night visit with Vice-Chancellor Program dan sebagainya.  Sebagai salah seorang pegawai UTM yang berkhidmat di Pejabat Naib Canselor.  Beliau terlibat secara langsung dalam menguruskan program turun padang bersama Naib Canselor, Program Lawatan Kampus Bersama Naib Canselor, Cycling Tours with Dato’ Vice Chancellor Program, Night visit with Vice-Chancellor Program dan sebagainya.  Hasil daripada pemerhatian program  dan maklumbalas, memang tidak dapat dinafikan bahawa perancangan dan pengurusan kerja perlu ada peraturan dan tatacara kerja, bagaimanapun sepatutnya kita tidak terlalu menekankan kepada proses semata-mata tetapi melihat kepada keberkesanan dan outcome dari kerja yang dilakukan.


 

Mengangkasa pentadbir UTM

Sebagai warga pentadbir UTM yang berada dalam persekitaran Universiti Penyelidikan berteraskan keusahawanan, sudah pasti kita mempunyai daya fikir lebih futuristik dan berupaya berfikir di luar kotak  (Thinking out of the box) untuk memperkasa pentadbiran, penjimatan perbelanjaan serta usaha-usaha penjanaan pendapatan Universiti. Strategi untuk meningkatkan tadbir urus dan kecekapatan perkhidmatan dan pengurusan UTM boleh dilakukan antaranya ialah pengambilan staf yang mempunyai kelayakan yang lebih spesifik dan relevan agar menepati keperluan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab di UTM.  Selain itu, pengoftimuman sumber tenaga manusia dengan menggunakan tenaga manusis yang kompeten dan terlatih serta dibantu dengan sistem ICT dan sistem maklumat pengurusan dan kewangan.  Universiti perlu menghargai staf yang berpengetahuan dan berpengalaman luas serta kompeten dalam mengurus universiti tanpa mengira dijabatan/fakulti mana mereka ditugaskan. Organisasi yang berjaya khususnya dalam pengurusan modal insan,  antaranya perlulah memiliki sistem penggantian yang sistematik serta dikomunikasikan kepada stafnya.  UTM telah memberi peluang dan ruang kepada staf  pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, sarjana muda, master  ke peringkat Doktor falsafah.  Bagaimana pun, pihak Universiti juga perlu memastikan kursus yang diambil semasa pengajian menepati keperluan masa hadapan UTM, di mana pentadbir (khususnya Pegawai Tadbir) perlu memiliki pelbagai kemahiran dan sebagai “niche” seseorang pentadbir antaranya pakar pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik, perhubungan awam, pengurusan strategik, pengurusan risiko, pengurusan kualiti, pengurusan pemasaran, pengurusan kewangan, dan sebagainya. 

Dalam era IT masa kini, semua staf UTM perlu kompeten dalam pelbagai tugas operasi termasuklah kemahiran ICT iaitu  mahir menggunakan Sistem Maklumat Universiti, Sistem Pengkomputeran Pentadbiran (Administrative Computing System), Sistem Pengkomputeran Akademik (Academic Computing System) dan lain-lain aplikasi. Kemahiran menggunakan lebih satu bahasa selain Bahasa Melayu amat membantu dalam menjalankan tugas khususnya Bahasa Inggeris yang berupaya meningkatkan komunikasi peringkat antarabangsa. Pihak pentadbiran UTM perlu membangunkan sistem mentor-mentee di mana pentadbir senior yang berpengalaman dalam pelbagai pentadbiran dan pengurusan universiti perlu dilantik sebagai pembimbing/mentor kepada staf baru agar pentadbir atau staf baru cepat mempelajari ilmu  mengurus,  peka dan bijak mengurus perubahan serta bersifat warak. 

 

 

Malaysia akan mencapai tahap negara maju menjelang 2020, UTM telah bersedia dengan Pelan Global UTM 2012-2020 yang dinyatakan dalam Buku Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2012.  Maka,  sebagai staf universiti beliau amat yakin bahawa sistem tadbir urus dan sistem penyampaian dapat ditingkatkan ke tahap lebih efektif dan efisyen sekiranya sesebuah organisasi mempunyai modal insan yang kompeten serta dibantu dengan pelbagai sistem yang membantu mencepatkan kerja-kerja rutin dengan cepat, tepat dan kemas. Warga kerja UTM perlu mentranformasikan cara kerja lama yang dibuat secara manual beralih secara berperingkat kepada sistem elektronik adan ICT.  

 

 

Sumbangan pembangunan dan hartanah UTM

 

Dalam tempoh berkhidmat di UTM, beliau telah menyumbang kepada kelangsungan pembangunan UTM.  Beliau merupakan pegawai di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan dan Perancangan Korporat) pada masa itu (2002-2008) telah yang ditugaskan bagi menguruskan untuk mengekalkan status tanah yang menjadi tapak UTM Cawangan Kuala Lumpur seluas 19.268 hektar bagi pembangunan semula kampus UTM Cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Semarak kini di kenali sebagai UTM International Campus.  Setelah melalui pelbagai proses yang diperlukan oleh Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan akhirnya pemilikan tanah berstatus Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah bertukar kepada pemilikan tanah dengan pajakan selama 99 tahun (1.1.2003 – 31.12.2101) atas nama UTM selesai (8.8.2008) dan pembangunan semula kampus tersebut kini rancak berjalan dan sebahagian bangunanan telah siap dibina. 

 

Selain itu, beliau ditugas untuk menguruskan bayaran premium Kurniaan Tanah Kerajaan PTD 1676 seluas 87.17 hektar dan PTD 1677 seluas 38.77 hektar di Bandar Penawar Mukim Tanjung Surat Kurniaan Kerajaan Negeri Johor untuk tujuan pembangunan kampus cawangan Universiti Teknologi Malaysia.  Beliau adalah pegawai UTM yang bertindak sebagai perantara bagi menguruskan permohonan UTM mendapatkan pengurangan bayaran premium tanah kurniaan Kerajaan Negeri Johor di PTD 1676 seluas 87.17 hektar dan PTD 1677 seluas 38.77 hektar, Mukim Tanjung Surat, Kota Tinggi.  Setelah melalui pelbagai proses dan sesi pertemuan dengan pihak KEJORA dan Pejabat Tanah dan Galian Johor, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju meluluskan pengurangan premium dari RM13,625,883 KEPADA RM6,850,906.60 (19.11.2003). 

 

Beliau juga pernah mewakili UTM dan kumpulan staf UTM meninjau beberapa lokasi tanah kurnia yang dicadang oleh Kerajaan Negeri Perak di Daerah Kampar untuk pembangunan aktiviti pendidikan dan kampus cawangan UTM antaranya Ahli Task Force menyediakan “Project Brief” Tanah Kurniaan DYMM Baginda Tuanku  Canselor di Kampar Perak dan tinjauan tanah di sekitar Kampar (2003).

 

Beliau merupakan fasilitator Kursus Induksi Perkhidmatan di UTM mulai 2004 hingga kini mengikut keperluan semasa, Ahli Panel Penilaian Tahap Kecekapan Staf Sokongan UTM 2011, menyertai pelbagai jawatankuasa, task force  program  anjuran universiti.   Beliau pernah menyertai sukan antara jabatan UTM dalam sukan bola tampar  mewakili jabatan dalam sukan antara jabatan UTM.  Beliau sering berbasikal bersama warga UTM dalam kampus sebagai aktiviti riadah pada waktu kelapangan untuk melihat keindahan alam.

 

Beliau mengajak dan menyarankan agar semua warga UTM memahami dan melaksanakan Pelan Global UTM 2012-2020 bersungguh-sungguh, tekun, integriti dan penuh ikhlas!  Marilah kita bersatu, bersinergi untuk memajukan UTM supaya tersohor di persada antarabangsa. 

 

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Sumi binti Isman yang juga adalah Penolong Pendaftar Kanan di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTM  Johor Bahru.  Isteri beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD secara separuh masa.  Beliau dikurniai Allah SWT dengan empat (4) orang cahaya mata tiga (3) perempuan (Batrisyia -17, Aida Kaisah -15, Sarah Aqilah -12) dan seorang lelaki (Ahmed Danish -10).

 

 
 
This page is maintained by BAHARUDIN BIN MASTARI .
For any inquiry please send us an email at: brbaha@utm.my

Philosophy of UTM

The divine law of Allah is the foundation for science and technology. Universiti Teknologi Malaysia strives with total and unified effort to develop excellence in science and technology for universal peace and prosperity, in according with His Will.

Vision

To be recognised as a world-class centre of academic and technological excellence

Mission

To be a leader in the development of human capital and innovative technologies that will contribute to the nation's wealth creation

Motto

In the name of God for Mankind

Brief History

UTM is a leading innovation-driven research-intensive university in science and technology located both in Kuala Lumpur and Johor Bahru, Malaysia with a student population of more than 9,100 postgraduates and 13,800 undergraduates including more than 3,300 international students. It is renowned for being at the forefront of engineering and technological knowledge and expertise with more than 2,200 PhD students enrolled in science and technology research programmes. UTM has established a reputation for innovative education and leading-edge research contributing significantly to intellectual property generation for the nation. UTM is also actively involved in research collaboration with renowned universities such as Cambridge, Oxford, MIT, Imperial College, Stanford Research Institute, Kyoto and Tokyo, to name a few. The university offers a wide range of Executive Education programmes from industrial doctorate (Eng. D.) up to market-driven diploma courses.